Kerja Khusus Menggunakan Microsoft Word Dan Google Drive
3 Jun 2019 | Aktiviti TerkiniBertempat di bilik latihan Pusat Internet Kubu Gajah, pelajar tingkatan 5 dari SMK Kubu Gajah yang mengambil jurusan Perniagaan telah datang bersama dengan guru mata pelajaran tersebut. Tujuannya ialah untuk membuat kerja khusus subjek perniagaan menggunakan Google Drive. Para pelajar perlu membuat akaun email menggunakan Gmail terlebih dahulu sbebelum membuat kerja khusus mereka. Kemudian, kerja khusus itu perlu dimuat naik ke akaun Google Drive untuk memudahkan guru memeriksa perkembangan pelajar dalam menyiapkan kerja khusus tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: